Hidup ibarat Eye On Malaysia





hapuskan ego, lalu ku kenal diriku

Sunday 27 September 2015 | 5:10 pm | 0 comment
Bismillahirrahmanirrahim..

Masa berlalu dengan begitu pantas. Kini aku telah menjadi seorang pelajar universiti di Universiti Sains Islam Malaysia. Hidup sebagai seorang perantau ni memang berat. Berat hati, berat rasa, berat kaki untuk melangkah jauh daripada keluarga. Namun, ku cuba kuatkan diri agar mampu menangkis segala rasa yang ada di hati.



   Sudah hampir sebulan berjauhan daripada keluarga. Hanya kotak menjadi alat komunikasi antara aku dan keluarga. "kakak apa khabar? Pelajaran ok ? Duit ada lagi ?" Hampir tiap kali suara yang dirindu bertanyakan soalan itu. "alhamdulillah kakak sihat di sini. mum dan babah rilek ja, jangan risau. Duit masih banyak ni, haha." dalam hati ada satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. "Rindu." ya.. Itulah rindu. Rindu gurau senda bersama keluarga.

   Hati kecil sentiasa memujuk. "Jangan risau, Allah akan sentiasa menjaga mum n babah :) "
Allah,, hanya tempat Allah aku bergantung, memohon pertolongan. Peliharalah kedua ibu bapaku dan adik- adikku ketika aku berada jauh daripada mereka. Allah, aku rindu belaian ibu. Aku rindu belaian ayah. Biar orang nak kata apa. "eleh, dah umur 20 tahun, masih nak duk bawah ketiak mak ayah."
Sungguh, rasa sayang dan cinta tu tinggi sangat. :'(

  Hasrat di hati ingin membahagiakan kedua orang tua sebelum diri ini bertemu dengan sang Pencipta. Harapan agar Allah memberi peluang kepada diri ini untuk melaksanakan niat ini.

Allah, aku rindu. Sungguh, aku rindu.. :'(