Posts

Showing posts from April, 2013

Tewas Kerana Tidak ikhlas

 Dalam kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut; Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat sembahan oleh penduduk kampung. Melihat perbuatan syirik itu, seorang lelaki berazam akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus menjadi syirik. Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju kea rah pokok tersebut untuk menebangnya.      Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin engkau lakukan?”     Lelaki itu menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembahnya.     Syaitan itu berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu Berjaya mengalahkan syaitan tersebut.     Syaitan yang menyerupai manusai itu tidak berputus asa. Dia kemudian menawarkan kepada lelaki tersebut dua keeping din...

Mata Jendela Mengenali Kebesaran Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.      Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap.       Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.      Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah suatu...