7 Golongan Mulia
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung kecuali naungan-Nya, iaitu : Pemimpin yang adil. tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya. Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka. Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata "aku takut kepada Allah....