7 Golongan Mulia
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung kecuali naungan-Nya, iaitu :
- Pemimpin yang adil. tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya.
- Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
- Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
- Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
- Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
- Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
- Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata "aku takut kepada Allah."
Sedekah yang dianjurkan untuk diberikan secara sembunyi-sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib, seperti zakat.
Abu Samah telah menyebutkan tujuh golongan tersebut dalam sebuah syair : Nabi al-Mustafa telah bersabda : "Sesungguhnya ada tujuh orang yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya iaitu yang saling mencintai kerana Allah, memelihara kesucian diri, sejak muda tumbuh dalam ibadah, tulus bersedekah, menangis kerana Allah, kalbunya bergantung di masjid dan pemimpin yang adil."
WaAllahualam..
Comments