Posts

Masa itu Peluang

Dahulu berdoa,  Mohon pada Tuhan agar diberi peluang, Peluang menuntut ilmu yang luas terbentang, Kononnya agar hati menjadi lapang,  Lapang seluas alam.. Dahulu berdoa, Katanya ingin cemerlang, Menjadi kebanggaan Sang Penyayang, Mengubah masa depan.. Maka Doa pun dikabulkan, Peluang pun dikurniakan, Namun apa yang kita lakukan, Peluang diberi dipersiakan.. Jangan salahkan sesiapa, Rakan-rakan menjadi pembawa, Atau alasan "an-nas" itu kata dasar alpa, Kerana nikmat akal itu kita punya, Nikmat Allah sedang dipinjamkan kita, Gunalah selagi baki usia masih ada.. Berubah itu sakit, Namun tidak bersedia untuk berubah akan membuat sakit itu berlipat kali ganda.. Kalau sakit tidak datang sekarang,  Siapa tahu akan datang..

إحشم (malu)

Malulah, Pada ketika kita bangga dengan bangsa, adat dan budaya, Kita tidak fahami Bahasa al-quran.. Sedangkan, Kita mengaku umat Nabi, Kita mengaku berpegang padanya, Kita mengaku kita Islam.. Malulah, Berbelas tahun Allah beri peluang mempelajari ilmu al-Quran, Namun apakah perubahan yang telah lakukan kepada orang yang tidak berpeluang? Ilmu apakah yang telah kita kongsikan? Malulah, Di luar kita hebat berkata-kata, Baik buruk campur semua, Di majlis ilmu guru bertanya kita tak tahu nak jawab apa.. Malulah, Pada ketika kita berkata “keturunanku dan Islam berpisah tiada, Namun kita mengeluh belajar agama.. “Aku berusahalah! Bukannya aku tak berusaha!” Andai usaha seperti benih sawi yang tidak ditanam, Bagaimana mungkin kita mengharapkan hasilnya? Malulah, Pada ketika kita mencipta pelbagai alasan.. Sedangkan alasan menjadikan kita orang yang rugi.. Kerana alasan, kita tidak mampu menjadi pelapis para ulama yang telah pergi.. Kerana alasan, kita menjadi a...

hapuskan ego, lalu ku kenal diriku

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Masa berlalu dengan begitu pantas. Kini aku telah menjadi seorang pelajar universiti di Universiti Sains Islam Malaysia. Hidup sebagai seorang perantau ni memang berat. Berat hati, berat rasa, berat kaki untuk melangkah jauh daripada keluarga. Namun, ku cuba kuatkan diri agar mampu menangkis segala rasa yang ada di hati.    Sudah hampir sebulan berjauhan daripada keluarga. Hanya kotak menjadi alat komunikasi antara aku dan keluarga. "kakak apa khabar? Pelajaran ok ? Duit ada lagi ?" Hampir tiap kali suara yang dirindu bertanyakan soalan itu. "alhamdulillah kakak sihat di sini. mum dan babah rilek ja, jangan risau. Duit masih banyak ni, haha." dalam hati ada satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. "Rindu." ya.. Itulah rindu. Rindu gurau senda bersama keluarga.    Hati kecil sentiasa memujuk. "Jangan risau, Allah akan sentiasa menjaga mum n babah :) " Allah,, hanya tempat Allah aku bergantun...

Tewas Kerana Tidak ikhlas

 Dalam kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut; Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat sembahan oleh penduduk kampung. Melihat perbuatan syirik itu, seorang lelaki berazam akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus menjadi syirik. Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju kea rah pokok tersebut untuk menebangnya.      Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin engkau lakukan?”     Lelaki itu menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembahnya.     Syaitan itu berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu Berjaya mengalahkan syaitan tersebut.     Syaitan yang menyerupai manusai itu tidak berputus asa. Dia kemudian menawarkan kepada lelaki tersebut dua keeping din...

Mata Jendela Mengenali Kebesaran Allah

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.      Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap.       Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.      Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah suatu...

7 Golongan Mulia

Image
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung kecuali naungan-Nya, iaitu : Pemimpin yang adil. tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya. Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka. Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata "aku takut kepada Allah....

Kenapa wajib bertudung..sedangkan...

Assalamualaikum Hari ni aku nak kongsi  tentang kenapa wajib bertudung.. Selamat membaca! (^_^) soalan :   saya memang teringin nak pakai tudung tapi difikirkan balik apa relevannya? saya bukannya menarik,bukan jenis menggedik pun,lelaki pun saya tak layan.kalau saya tak pakai tudung pun saya tak menarik perhatian sesiapa pun.Hidup saya hanya kerja...balik kerja duduk rumah solat,muhasabah diri.saya pun tak bersosial...no clubbing....no sexy dressess,(baju kurung pakaian rasmi) saya tengok asal turun suruhan ni kat perempuan2 Arab yang memangnye voluptuos mcm haifa Wehbe ,nancy ajram ke.memang patut le...tgk la bentuk badan mereka,rambut,perlakuan.....memang patut ditutup litupkan. kalau dah kita ni yang totally 'sebaliknya' daripada mereka2 ni wajar kah nak tutup litup? Jawapan :   suruhan Allah bukan pada arabian tak ada pun ayat kepada arabian sahaja memang ayat al Quran bahasa quraish tapi muhammad SAW di utuskan kepada sekalian alam, manusia dan ji...

Kelebihan Surah al-Mulk

Image
Assalamualaikum.. malam ni aku nak kongsi tentang kelebihan surah al-Mulk.. sekadar untuk berkongsi,, aku copy paste ne dari fb..hehe.. untuk menambah ilmu kita bersama (^_^) selamat membaca..~ Ada diceritakan dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.. Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata "ya ahlul kitab.. Aku knl kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?" Seraya al-mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.." Malaikat menjawab, "Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.." Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. "Wahai Allah.. Aku adalah kitab-Mu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku...

Wadah Ilmu Pencetus Inspirasi

Image
Setiap manusia yang berakal akan bertanya kepada dirinya sendiri 3 soalan ini..tetapi tidak ada yang dapat menjawabnya selain ALLAH S.W.T.. Soalan 1 :  Dari mana manusia datang??? -  (FROM)  Soalan 2 : Mengapakah kita didatangkan??? -  (SUBJECT) Soalan 3 : Ke mana kita akan pergi??? -  (TO) Jawapan 1 : "ALLAH mencipta tiap sesuatu dengan sebaiknya dan dimulakan kejadian manusia berasal daripada tanah. Kemudian DIA menjadikan keturunan manusia itu daripada saripati (iaitu) air yang tidak dipandang (hina). Kemudian DIA menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ciptaan-NYA. Dan DIA mengurniakan pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur,,tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."(Surah as-Sajadah,7-9) Jawapan 2 : "Dan (ingatlah) Aku (ALLAH) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (sembahyang) dan beramal baik kepada-KU."(Surah az-Zariyat,56) Jawapan 3 : "wahai manusia! S...

Thanks a lot abang Long!

Image
assalamualaikum guyz..! hehe.. alhamdulillah,, atas bantuan "abang long",, blogskin blog ne akhirnya berubah jugak,, hehehe,, oleh kerana pengubahsuai blog ne abang long,, theme yang menjadi pilihan pun misai.. haha,, by the way thanks kerana sudi bersusah payah,,hehe,, aku xpaksa kau bha kan "abg long".? haha,, aku nak kata ne,, "terima kasih daun keladi,,ada masa nanti kasi cantik la lagi,," haha~~ haa,, b'dasarkan kata2 di atas,, (ceewah,,hehe) Allah dh kurniakan aku si abg long to solve my difficulty.. hehe.. orang kata, jika orang lain berbuat baik kepadamu,ceritakanlah kepada orang lain,, so, di sini,, apa yang aku nak katakan adalah,, "abg long<<kau meeeemang baek! hehe,, syukran limusa'adatika,, (>_<) tu jaQ i nak gtaw,, hehe sekian, wassalam~ (@_<)

Salam maulidurRasul (^_^)

Image
Assalamualaikum.. salam maulidurrasul kpada yang beragama islam saya ucapkan.. (^_^) walaupun t'lambat sehari,, emm,, amacam perarakan.? best tak.? hehe,, jaelous la coz saya tak dpat join,,, huhu.. apa2 pun.. selalu la berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.. kerana Allah s.w.t telah berjanji,,  sekali  kita berselawat ke atas habibuAllah al-Mustofa s.a.w,, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak  sepuluh kali ,,,lihat,, betapa cintanya Allah terhadap hamba-Nya.. (^_^)   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ . alhamdulillah.. Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallim.. sekian,, wassalam..

happy new year 2013!! ;)

Image
assalamualaikum.. (^_^) waah.. tak sangka esok dah masuk tahun baharu.. Alhamdulillah,, syukran ya Allah kerana mengizinkan aku hidup dan tinggal di dunia ini,, syukur alhamdulillah.. emm,, Biasanya bila tahun baru,,masing2 pun buat azam baru..kan,, (^_^) hehe.. termasuk la saya jugak,, tiap tahun kita akan dengar ayat ni.. "tahun ni aku nak berubah, taknak malas2 lagi." dan kebanyakannya juga hanya *krik krik krik* dan tak terlaksana..(mcam saya) (>_<)hehe.. tapi biasalah tu..dah memang lumrah manusia macam tu..pelupa.. sebab tu la kita kena selalu ingat memperingati diri kita sendiri dan orang lain,, (^_^) tak lupa juga, sama2 la kita usaha ke arah kebaikan..insyaallah sentiasa dipermudahkan oleh Allah ke syurga,, aameen.. apa2 pun,, semoga segala hasrat dan keinginan ke arah kebaikan tercapai pada tahun 2013 ini.. jangan hanya tawakal tanpa usaha,, lakukanlah dengan cara D.U.I.T,, Doa,Usaha,Ikhtiar, dan Tawakal.. (^_^) emm,,ok lah itu jaQ saya nak kata sempena ...