Tewas Kerana Tidak ikhlas
Friday, 26 April 2013 | 10:25 am | 0 comment
Dalam kitab
Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut;
Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat
sembahan oleh penduduk kampung. Melihat perbuatan syirik itu, seorang lelaki berazam
akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus
menjadi syirik. Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju kea rah pokok
tersebut untuk menebangnya.
Syaitan yang
menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin engkau
lakukan?”
Lelaki itu
menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana
menyembahnya.
Syaitan itu
berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang
pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu Berjaya mengalahkan
syaitan tersebut.
Syaitan yang
menyerupai manusai itu tidak berputus asa. Dia kemudian menawarkan kepada
lelaki tersebut dua keeping dinar emas setiap hari dengan syarat dia
membatalkan niatnya untuk menebang pokok itu. Lelaki tersebut terfikir bahawa
itu mungkin sesuatu yang baik. Beliau tidak perlu bersusah payah lagi untuk
mencari rezeki kerana akan diberikan dua keeping dinar emas setiap hari. Lelaki
itu pun bersetuju.
Pada
keesokan harinya, dia mendapati ada dua keping dinar di bawah bantalnya. Namun
pada hari ketiga tiada lagi dua keeping dinar sebgaimana yang dijanjikan.
Lelaki itu sangat marah, lalu mengambil kapak dan bertekad untuk menebang pokok
kerana janji tidak ditepati.
Syaitan yang
menyerupai manusia menunggu di bawah pokok itu sekali lagi dan berkata: “Aku
akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.”
Terjdilah pergelutan antara mereka berdua. Kali ini lelaki itu tewas dan
syaitan dapat mengalahkannya.
Lelaki itu
bertanya: “ Mengapa hari itu aku dapat mengalahkan kau, tetapi kali ini aku
tidakk dapat mengalahkan kau?”
Syaitan
menjawab: “Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah.
Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar. Apabila kau
tidak ikhls kerana Allah, Maka aku Berjaya mengalahkan kamu.”
Mata Jendela Mengenali Kebesaran Allah
Monday, 1 April 2013 | 12:12 pm | 1 comment
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.
Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap.
Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.
Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah suatu yang menakutkan dan meresahkan hatikerana dalam kegelapan tidak dapat diduga bahaya yang akan tiba. Perasaan akan diselubungi ketakutan kerana hitam pekat penglihatan yang tidak dapat membantu kita memilih jalan dan meneruskan langkahan kaki. Cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi ini; diselubungi hitam pekat kegelapan tanpa cahaya yang menyuluh kehidupan. Tika dan saat itu, diri terasa sungguh malang walaupun memiliki sepasang mata yang cantik dan berfungsi, namun tidak dapat melihat kerana diselubungi kegelapan.
Secara tidak sedar, kita dianugerahkan suatu nikmat agung yang kita sedang miliki dan mendakapnya. sungguh besar nikmat ini sehingga dapat memisahkan diri kita daripada kegelapan kepada cahaya. Ia nikmat Islam anugerah Illahi. Hidup bersamanya terasa indah dan berpisah daripadanya resah dan gelisah. Ialah cahaya agar kehidupan yang kita kecapi ini penuh makna dan 'ibrah.
Secara tidak sedar, kita dianugerahkan suatu nikmat agung yang kita sedang miliki dan mendakapnya. sungguh besar nikmat ini sehingga dapat memisahkan diri kita daripada kegelapan kepada cahaya. Ia nikmat Islam anugerah Illahi. Hidup bersamanya terasa indah dan berpisah daripadanya resah dan gelisah. Ialah cahaya agar kehidupan yang kita kecapi ini penuh makna dan 'ibrah.
Duhai jiwa, Islam umpama penglihatan yang membawa manusia memilih jalan benar kerana ia cahaya. Kebatilan pula kegelapan yang mengheret manusia ke lembah hina.
SubhanaAllah.. Nikmat yang Engkau anugerahkan tidak terucap andai diri ini mampu merasai dan mensyukuri nikmat-Mu. Sungguh agung pemberian-Mu sehingga diri ini seharusnya malu untuk melakukan kemurkaan terhadap-Mu..
SubhanaAllah.. Nikmat yang Engkau anugerahkan tidak terucap andai diri ini mampu merasai dan mensyukuri nikmat-Mu. Sungguh agung pemberian-Mu sehingga diri ini seharusnya malu untuk melakukan kemurkaan terhadap-Mu..
Allahu rabbi..