Hidup ibarat Eye On Malaysia





Tewas Kerana Tidak ikhlas

Friday 26 April 2013 | 10:25 am | 0 comment

 Dalam kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut;
Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat sembahan oleh penduduk kampung. Melihat perbuatan syirik itu, seorang lelaki berazam akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus menjadi syirik. Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju kea rah pokok tersebut untuk menebangnya.
    
Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin engkau lakukan?”
    Lelaki itu menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembahnya.

    Syaitan itu berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu Berjaya mengalahkan syaitan tersebut.

    Syaitan yang menyerupai manusai itu tidak berputus asa. Dia kemudian menawarkan kepada lelaki tersebut dua keeping dinar emas setiap hari dengan syarat dia membatalkan niatnya untuk menebang pokok itu. Lelaki tersebut terfikir bahawa itu mungkin sesuatu yang baik. Beliau tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari rezeki kerana akan diberikan dua keeping dinar emas setiap hari. Lelaki itu pun bersetuju.

    Pada keesokan harinya, dia mendapati ada dua keping dinar di bawah bantalnya. Namun pada hari ketiga tiada lagi dua keeping dinar sebgaimana yang dijanjikan. Lelaki itu sangat marah, lalu mengambil kapak dan bertekad untuk menebang pokok kerana janji tidak ditepati.

    Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di bawah pokok itu sekali lagi dan berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Terjdilah pergelutan antara mereka berdua. Kali ini lelaki itu tewas dan syaitan dapat mengalahkannya.

    Lelaki itu bertanya: “ Mengapa hari itu aku dapat mengalahkan kau, tetapi kali ini aku tidakk dapat mengalahkan kau?”

    Syaitan menjawab: “Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar. Apabila kau tidak ikhls kerana Allah, Maka aku Berjaya mengalahkan kamu.”

Mata Jendela Mengenali Kebesaran Allah

Monday 1 April 2013 | 12:12 pm | 1 comment
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, setiap hari kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan bantuan dan kasih sayang Allah. Kita mampu melihat segala keindahan yang terbentang dengan deria penglihatan yang Allah pinjamkan ini.

     Lakaran alam kelihatan indah penuh warna-warni. Tiada sedikit pun kerahan tenaga yang kita curahkan untuk melihat alam yang terbentang luas untuk kita kecapi keindahannya, apatah lagi upah atau bayaran atas nikmat penglihatan yang tidak terucap. 


     Cuba kita bayangkan, Allah mencipta mata yang terdiri daripada kombinasi urat saraf, cecair tertentu dan otot. Maha suci Allah yang memiliki kehebatan yang agung. Mata yang kita miliki kini begitu sempurna sehingga kita mampu melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.


     Mata yang melihat memerlukan cahaya. Andai cahaya diganti oleh Allah dengan kegelapan, manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan ialah suatu yang menakutkan dan meresahkan hatikerana dalam kegelapan tidak dapat diduga bahaya yang akan tiba. Perasaan akan diselubungi ketakutan kerana hitam pekat penglihatan yang tidak dapat membantu kita memilih jalan dan meneruskan langkahan kaki. Cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi ini; diselubungi hitam pekat kegelapan tanpa cahaya yang menyuluh kehidupan. Tika dan saat itu, diri terasa sungguh malang walaupun memiliki sepasang mata yang cantik dan berfungsi, namun tidak dapat melihat kerana diselubungi kegelapan.

     Secara tidak sedar, kita dianugerahkan suatu nikmat agung yang kita sedang miliki dan mendakapnya. sungguh besar nikmat ini sehingga dapat memisahkan diri kita daripada kegelapan kepada cahaya. Ia nikmat Islam anugerah Illahi. Hidup bersamanya terasa indah dan berpisah daripadanya resah dan gelisah. Ialah cahaya agar kehidupan yang kita kecapi ini penuh makna dan 'ibrah.
     Duhai jiwa, Islam umpama penglihatan yang membawa manusia memilih jalan benar kerana ia cahaya. Kebatilan pula kegelapan yang mengheret manusia ke lembah hina.

     SubhanaAllah.. Nikmat yang Engkau anugerahkan tidak terucap andai diri ini mampu merasai dan mensyukuri nikmat-Mu. Sungguh agung pemberian-Mu sehingga diri ini seharusnya malu untuk melakukan kemurkaan terhadap-Mu..
Allahu rabbi..