Hidup ibarat Eye On Malaysia





Tewas Kerana Tidak ikhlas

Friday 26 April 2013 | 10:25 am | 0 comment

 Dalam kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut;
Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat sembahan oleh penduduk kampung. Melihat perbuatan syirik itu, seorang lelaki berazam akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus menjadi syirik. Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju kea rah pokok tersebut untuk menebangnya.
    
Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin engkau lakukan?”
    Lelaki itu menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembahnya.

    Syaitan itu berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu Berjaya mengalahkan syaitan tersebut.

    Syaitan yang menyerupai manusai itu tidak berputus asa. Dia kemudian menawarkan kepada lelaki tersebut dua keeping dinar emas setiap hari dengan syarat dia membatalkan niatnya untuk menebang pokok itu. Lelaki tersebut terfikir bahawa itu mungkin sesuatu yang baik. Beliau tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari rezeki kerana akan diberikan dua keeping dinar emas setiap hari. Lelaki itu pun bersetuju.

    Pada keesokan harinya, dia mendapati ada dua keping dinar di bawah bantalnya. Namun pada hari ketiga tiada lagi dua keeping dinar sebgaimana yang dijanjikan. Lelaki itu sangat marah, lalu mengambil kapak dan bertekad untuk menebang pokok kerana janji tidak ditepati.

    Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di bawah pokok itu sekali lagi dan berkata: “Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Terjdilah pergelutan antara mereka berdua. Kali ini lelaki itu tewas dan syaitan dapat mengalahkannya.

    Lelaki itu bertanya: “ Mengapa hari itu aku dapat mengalahkan kau, tetapi kali ini aku tidakk dapat mengalahkan kau?”

    Syaitan menjawab: “Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar. Apabila kau tidak ikhls kerana Allah, Maka aku Berjaya mengalahkan kamu.”