Hidup ibarat Eye On Malaysia





إحشم (malu)

Sunday 16 October 2016 | 5:14 pm | 0 comment

Malulah,
Pada ketika kita bangga dengan bangsa, adat dan budaya,
Kita tidak fahami Bahasa al-quran..
Sedangkan,
Kita mengaku umat Nabi,
Kita mengaku berpegang padanya,
Kita mengaku kita Islam..

Malulah,
Berbelas tahun Allah beri peluang mempelajari ilmu al-Quran,
Namun apakah perubahan yang telah lakukan kepada orang yang tidak berpeluang?
Ilmu apakah yang telah kita kongsikan?

Malulah,
Di luar kita hebat berkata-kata,
Baik buruk campur semua,
Di majlis ilmu guru bertanya kita tak tahu nak jawab apa..

Malulah,
Pada ketika kita berkata “keturunanku dan Islam berpisah tiada,
Namun kita mengeluh belajar agama..
“Aku berusahalah! Bukannya aku tak berusaha!”
Andai usaha seperti benih sawi yang tidak ditanam,
Bagaimana mungkin kita mengharapkan hasilnya?

Malulah,
Pada ketika kita mencipta pelbagai alasan..
Sedangkan alasan menjadikan kita orang yang rugi..
Kerana alasan, kita tidak mampu menjadi pelapis para ulama yang telah pergi..
Kerana alasan, kita menjadi asbab dunia meniti akhir usianya yang misteri,
Kerana alasan, kita tidak akan dapat membantu orang lain bahkan diri kita sendiri..

Nukilan hati daripada hamba yang kurang segala..
Bukan pemilik ilmu yang tinggi..
Hanya seorang pemotivasi diri..