Hidup ibarat Eye On Malaysia





Wadah Ilmu Pencetus Inspirasi

Wednesday 30 January 2013 | 4:18 pm | 0 comment



Setiap manusia yang berakal akan bertanya kepada dirinya sendiri 3 soalan ini..tetapi tidak ada yang dapat menjawabnya selain ALLAH S.W.T..


Soalan 1 :  Dari mana manusia datang??? - (FROM) 

Soalan 2 : Mengapakah kita didatangkan??? - (SUBJECT)

Soalan 3 : Ke mana kita akan pergi??? - (TO)


Jawapan 1 :
"ALLAH mencipta tiap sesuatu dengan sebaiknya dan dimulakan kejadian manusia berasal daripada tanah. Kemudian DIA menjadikan keturunan manusia itu daripada saripati (iaitu) air yang tidak dipandang (hina). Kemudian DIA menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ciptaan-NYA. Dan DIA mengurniakan pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur,,tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."(Surah as-Sajadah,7-9)

Jawapan 2 :"Dan (ingatlah) Aku (ALLAH) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (sembahyang) dan beramal baik kepada-KU."(Surah az-Zariyat,56)

Jawapan 3 :
"wahai manusia! Sesungguhnya engkau akan berpenat lelah dengan segala tenagamu,hinggalah kembali kepada Tuhanmu,kemudian engkau tetap menemui balasan atas apa yang kamu usahaka(sembahyang,amalan lain dan pekerjaan)"(Surah al-Insyiqaaq,6)