Hidup ibarat Eye On Malaysia





7 Golongan Mulia

Friday 22 March 2013 | 12:21 pm | 0 comment

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung kecuali naungan-Nya, iaitu :


  1. Pemimpin yang adil. tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya.
  2. Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
  3. Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
  4. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
  5. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
  6. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
  7. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata "aku takut kepada Allah."
     Sedekah yang dianjurkan untuk diberikan secara sembunyi-sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib, seperti zakat.

     Abu Samah telah menyebutkan tujuh golongan tersebut dalam sebuah syair : Nabi al-Mustafa telah bersabda : "Sesungguhnya ada tujuh orang yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya iaitu yang saling mencintai kerana Allah, memelihara kesucian diri, sejak muda tumbuh dalam ibadah, tulus bersedekah, menangis kerana Allah, kalbunya bergantung di masjid dan pemimpin yang adil."

WaAllahualam..